Pages

 photo perakexcellentTrans1.png

Lawatan Khidmat Frogasia VLE

25/2/2013 Isnin - Lawatan Khidmat Frogasia VLE oleh Puan Salfarizan selaku wakil Frogasia ke sekolah untuk mengajar tentang Frog kepada murid-murid supaya memdapat pendedahan awal penggunaan Frog.

Program Guru Penyayang dan Sambutan Hari Lahir Bulan Februari

25/2/2013 Isnin - Program guru penyayang, telah meraikan murid-murid yang lahir pada bulan februari  dipagi hari isnin semasa perhimpunan dijalankan dengan memberikan hadiah dan kad ucapan hari lahir kepada mereka.

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 38


23/2/2013 Sabtu - Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 telah diadakan didewan SK Sitiawan, dihadiri ramai ibu bapa serta yang mengendalikan mesyuarat agung PIBG Tuan Haji Hamdan Bin Haji Zaini selaku naib PIBG. Dan di meriahkan lagi dengan perasmian oleh DR Azizah Binti Johor.JP (Penyelaras DUN Pasir Panjang)

Merentas Desa Peringkat Sekolah Rendah Daerah Manjung

7/2/2013 Khamis -  Merentas Desa Peringkat Sekolah Rendah Daerah Manjung telah diadakan di SK Gugusan Lekir. Murid SK Sitiawan telah mendapat no.4 dalam pertandingan tersebut.

My Beautiful Malaysia Day Gotong Royong Perdana 1 Malaysia.

3/2/2013 Ahad - Gotong royong perdana telah diadakan pada 3/2/2013 di Sekolah Kebangsaan Sitiawan bersempena My Beautiful Malaysia Day Gotong Royong Perdana 1 Malaysia bertemakan Manjung ku indah permai mempersona.

Kem Bestari Solat 2013

2/2/2013 Sabtu - Kem Bestari Solat kali pertama telah dijayakan pada 2/2/2013 bertempat di surau Sekolah Kebangsaan Sitiawan, yang hanya terlibat murid tahun satu dan dua sahaja. Program ini bermula pada pukul 7:30 pagi hingga pukul 2:30 petang. Perdaftaran murid telah diambil pada mulanya program ini pada pukul 7:30 pagi. Dan seterusnya murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk dibimbing oleh guru pembimbing masing-masing. Pada program kem bestari kali pertama ini murid diajar rukun wuduk,bacaan niat wuduk dan cara mengambil wuduk dengan betul.

eXTReMe Tracker
Penafian :
Sekolah Kebangsaan Sitiawan tidak akan bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.

Catatan Popular