Pages

 photo perakexcellentTrans1.png

Program Guru Penyayang Bulan Mac

 

18/3/2013 Isnin - Program Guru Penyayang sekali lagi menyambut hari kelahiran murid-murid yang lahir pada bulan mac. Pihak Sekolah mengucapkan "Selamat hari lahir" . Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik disini

Majlis Penutup MSSD Daerah Manjung

 

15/3/2013 Jumaat - Guru-guru SK Sitiawan telah menghadiri Majlis Penutup MSSD Daerah Manjung di Stadium MP Manjung yang di rasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Kong Cho Ha (Menteri Pengangkutan Malaysia). Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik disini 

Majlis Sempena Pertukaran Guru-guru 2013

 

14/3/2013 Khamis - Majlis Sempena Pertukaran guru diadakan di Orchard Inn. Kami Warga SK Sitiawan mengucapkan semoga berjaya kepada guru yang bertukar iaitu En.Rohaizan (PK HEM) ke SK TLDM 2 sebagai PK Pentadbiran, Pn. Suhana bertukar ke SK Seri Bayu, Pn Siti Rozana bertukar ke SK Seri Manjung dan Pn. Faizah bertukar ke SK Sungai Wangi. Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik disini

Pemandangan Kawasan Sekolah yang terkini

 
11/3/2013 Isnin - Tujuan gambar Pemandangan kawasan Sekolah di ambil dari sudut atas untuk simpanan album sekolah yang terkini.

Perjumpaan Mentor Mentee antara guru dan murid Tahun 6

 
8/3/2013 Jumaat - Perjumpaan Mentor Mentee diantara guru-guru dan murid-murid diadakan di kantin Sekolah untuk membincangkan permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengan pembelajaran setiap murid yang di bawah bimbingan mentornya.

Pemasangan Menara Pencawang YES YTL

 
7/3/2013 Khamis - Kontraktor YES YTL telah datang ke Sekolah untuk pemasangan Menara Pencawang bagi mendapat kelajuan capaian internet Sekolah untuk memudahkan pihak sekolah mengajar FROG VLE dan pengajaran akademik pada murid-murid.

Majlis Tilawah Al - Quran Peringkat Zon Ayer Tawar

7/3/2013 Khamis - Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Zon Ayer Tawar telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Changkat Cermin. Sekolah Kebangsaan Sitiawan telah memenangi tempat pertama bagi kategori Pelajar perempuan iaitu Pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Bercerita. Naib Juara bagi kategori Pelajar lelaki Pertandingan Bercerita dan tempat ke tiga bagi kategori Pelajar lelaki Pertandingan Tilawah Al - Quran.

eXTReMe Tracker
Penafian :
Sekolah Kebangsaan Sitiawan tidak akan bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.

Catatan Popular