Pages

 photo perakexcellentTrans1.png

Program Guru Penyayang Bulan April


29/4/2013 Isnin - Sk Sitiawan meraikan hari lahir guru dan murid dibawa Program Guru Penyayang yang lahir pada bulan April. Guru-guru yang menyambut hari lahir pada bulan ini ialah Puan Damithah, Puan Faridah dan Puan Suria. Semoga panjang umur. Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik disini

Motivasi Kepimpinan Tertinggi Sekolah 2013


25/4/2013 Khamis - Motivasi Kepimpinan Tertinggi Sekolah 2013 dianjurkan oleh Sk Sitiawan pada hari khamis bertarikh 25/4/2013 pada pukul 2:30 petang di Dewan Setia Kawan. Motivasi ini disertai oleh murid yang memegang jawatan Pegawas Sekolah, Pegawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Yang menyampaikan ceramah pada kali ini iaitu Cikgu Nazidatulsima Binti Najamuddin daripada Sk Sitiawan.Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik disini

Majlis Anugerah kecemerlangan Pendidikan Islam Sekolah-Sekolah Daerah Manjung 2013


23/4/2013 Selasa - Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Sekolah-Sekolah Daerah Manjung di adakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestaman pada malam Selasa bertarikh 23/4/2013. Sk Sitiawan telah menerima hadiah saguhati bagi para peserta dan tempat pertama bagi pertandingan Hafazan Al-quran daerah Manjung.Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik disini

Ceramah Motivasi Kepimpinan Kokurikulum


17/4/2013 Rabu - Motivasi Kepimpinan Kokurikulum diadakan di Dewan Sitiawan, Sk Sitiawan bagi murid yang memegang jawatan didalam Kelab dan Persatuan Kokurikulum dijalankan pada pukul 2:30 petang pada tarikh 17/4/2013. Motivasi ini disampai oleh Cikgu Adnan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Samudera. Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik disini

Majlis Tadarus Al-Quran di SK SERI BAYU Peringkat Daerah Manjung

11/4/2013 Khamis - Majlis Tadarus Al Quran telah berlangsung di SK Seri Bayu untuk Peringkat Daerah Manjung bagi Tahun 2013. SK Sitiawan telah menghantar 4 peserta bagi 3 acara iaitu Tilawah Al quran(1 orang murid), tahfiz Al quran(1 orang murid) dan Bercerita ( 2 orang Murid). Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik disini

Penyampaian Sijil Johan Kebersihan dan Keceriaan Kelas Bulan Mac


9/4/2013 Selasa - Johan Bulan Mac ini dimenangi oleh kelas 1 Delima. Tahniah!!

Penyampaian Sijil Pasukan Bola Jaring


9/4/2013 Selasa - Penyampaian Sijil tempat ke-3 Pertandingan Bola Jaring  oleh Guru Besar kepada Pemain-pemain Bola Jaring Sekolah diketuai Halimatus Sa'adiah Bt Hj Ahmad Hamdan. 

eXTReMe Tracker
Penafian :
Sekolah Kebangsaan Sitiawan tidak akan bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.

Catatan Popular