SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR NEGERI PERAK Tuan, LANGKAH PENJAGAAN KESIHATAN MURID SEMASA CUACA PANAS Dengan segala hormat perkara di atas dirujuk. Kebelakang ini negara kita mengalami keadaan cuaca panas yang melampau dan berpanjangan. Keadaan ini boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan manusia dan sekiranya tidak dikawal boleh menjejaskan tahap kesihatan seseorang. Oleh yang demikian adalah DINASIHATKAN supaya aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah yang mungkin boleh memudaratkan kesihatan murid dan guru dihadkan . Sekiranya perlu aktiviti-aktiviti tersebut dilaksanakan maka adalah dipohon untuk tuan mengawal aktiviti-aktiviti tersebut agar tidak mendedahkan pelajar-pelajar terlalu lama kepada pancaran matahari. Sila patuhi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil 5 tahun 2014 – Langkah-langkah Penjagaan kesihatan Murid Semasa Cuaca panas yang dikeluarkan pada 26 Februari 2014. KLIK ATTACHMENT DI BAWAH Sekian, Terima Kasih. Haji Rozi B. Puteh Ismail Pengarah Pendidikan Negeri Perak UNIT HAL EHWAL MURID SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
|
Pages
▼