Pages

 photo perakexcellentTrans1.png

Majlis Jamuan Makan Malam Hari Guru SK Sitiawan 2013





22/5/2013 Rabu - Majlis Jamuan Makan Malam sempena hari guru telah diadakan di dewan setiakawan SK Sitiawan. Tuan ppd telah dijemput dalam majlis tersebut.Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik disini.

Sambutan Hari Guru 2013

16/5/2013 Khamis - Sekolah Kebangsaan Sitiawan telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah, pelbagai acara dipertandingkan pada hari tersebut. Kumpulan Pn. Rosni telah menjadi juara keseluruhan pertandingan pada hari guru.Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik disini.

Aktiviti Sempena Menyambut Hari Guru


10/5/2013 Jumaat - Sempena menyambut hari guru yang akan datang tidak lama lagi, Sk Sitiawan mengadakan aktiviti perlawanan bowling diantara guru-guru dan PIBG Sk Sitiawan. Perlawanan bowling diadakan didalam Pangkalan TUDM pada pukul 3:00 petang. Guru-guru dan PIBG dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan Puan Hajjah Rosni, kumpulan Puan Latun Adida, kumpulan Puan Zalina dan kumpulan Puan Rohadza. Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik disini

Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Daerah Manjung di SMK Methodist Ayer Tawar


8/5/2013 Rabu - Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Daerah Manjung diadakan di SMK Methodist Ayer Tawar. SK Sitiawan telah memenangi Kostum terbaik dan mendapat naib johan dalam pertandingan tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan. Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik disini

eXTReMe Tracker
Penafian :
Sekolah Kebangsaan Sitiawan tidak akan bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.

Catatan Popular