Pages
Latar Belakang
Sekolah Kebangsaan Sitiawan telah ditubuhkan pada tahun 1876 di
Kampong Sitiawan. Sekolah bertiang batu ini mula membangun dan
melahirkan seramai 25 orang pelajar dan seorang guru. Bilangan pelajar
bertambah kepada 50 orang dan dua orang guru di sekitar tahun 1901-1916.
Sekolah mendapat nama daripada nama Kampong Sitiawan.
Pada Tahun 1920, sebuah bangunan sementara beratap nipah telah
didirikan. Bangunan kelas bertambah kepada 5 kelas iaitu darjah satu
hingga darjah lima. Pada tahun 1935, sebuah sekolah telah didirikan
untuk menggantikan sekolah beratap nipah. Pada tahun 1937, diwujudkan
kelas darjah 6.
Bagi menampung keramaian pelajar, pada tahun 1949 bangunan mahkamah
di pinggir sungai yang tidak digunakan lagi telah dijadikan sebagai
cawangan.
Pada Januari 1980, pentadbiran dan pengurusan sekolah diambil alih
oleh seorang guru besar iaitu Haji Shahar bin Yen. Semasa pentadbiran
beliau, sebuah bangunan baru telah didirikan pada tahun 1981. Bangunan
konkrit ini mengandungi 3 buah bilik darjah, sebuah bilik komputer,
sebuah pejabat dan sebuah bilik guru. Bangunan ini telah dirasmikan oleh
Menteri Besar Perak pada 21.7.1984.
Pada 16.1.1985 kawasan sekolah dipagar dan sebuah kantin telah didirikan. Bilangan murid bertambah kepada 157 orang, 12 orang guru dan seorang tukang kebun. Pada 26.9.1988 En.Shahar telah bersara. Tugas beliau telah diambil oleh En. Daud bin Kasim.
Mulai 27.1.1988 En.Daud telah berkhidmat sebagai guru besar di
sekolah ini. Banyak perubahan dan kemudahan yang telah berlaku.
Antaranya adalah dataran kejat, laluan pejalan kaki berbumbung,baik
pulih kantin dan baik pulih bangunan sekolah. Beliau telah berkhidmat di
sekolah ini sehingga bersara pada 18.2.2000.
Pada Tahun 2000 En. Ibrahim bin Md. Teridi telah dilantik menjadi
guru besar di Sekolah ini. Kemudian pada tahun 2001, En. Kamaruzzaman
bin Hasbullah pula menjadi guru besar sehingga 2003. Setelah En.
Kamaruzzaman bin Hassbullah bertukar ke sekolah lain, Pn.Umi Kalthom Bt
Abd.Rashid pula menerajui pentadbiran sekolah pada akhir tahun 2003
sehinggalah kini. Beliau merupakan guru besar wanita yang pertama di
sekolah ini.
Pada tahun 2003 sebuah makmal komputer telah siap dan digunakan
sepenuhnya. Pada tahun 2004 pula, kelas Prasekolah pula telah
diwujudkan. Bilik-bilik darjah yang lain terus beroperasi di satu blok
bangunan lama dan dua blok bangunan baru yang lengkap dengan Pusat
sumber, bilik kemahiran hidup, dan bilik sains. Bilik-bilik di pejabat
juga telah dinaikkan taraf pada akhir tahun 2006. Pada 31.7.2007, Pusat
Akses Sekolah telah mula beroperasi untuk kemudahan guru, murid dan
masyarakat sekitar mengakses internet. Mulai tahun 2008, kelas
pendidikan khas pula telah dibuka.
Pada akhir Oktober 2008, bangunan sekolah lama telah diruntuhkan
untuk membina Pusat Kegiatan Guru (PKG) Ayer Tawar. PKG Ayer Tawar telah
mula beroperasi pada awal tahun 2009. Manakala bangunan baru untuk
menggantikan bilik guru yang uzur telah dibina pada awal tahun 2011 di
bawah program NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia. Bangunan moden yang
serba lengkap ini telah dinamakan sebagai Pejabat Guru dan mula
beroperasi pada awal tahun 2013.
Pada 1 Ogos 2012, Pn. Hajah Rosni bt Abu Bakar menjadi Guru Besar SK
Sitiawan bagi menggantikan Pn. Hajah Umi Kalthom yang bertukar ke SK
Seri Sitiawan. Beliau melakukan beberapa perubahan seperti menukar
pentas ucapan di tapak perhimpunan dan menjadikan pentas lama sebagai
pondok menunggu untuk murid menunggu ibu bapa mengambil selepas balik
sekolah. Semasa beliau juga, bilik guru lama yang telah dijadikan dewan
telah dapat digunakan. Pada bulan Mac 2013, sekolah menerima menara
pemancar internet 1Bris untuk pencapaian kelajuan internet yang lebih
baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pautan lain
- Semakan Kelayakan Pembiayaan/Pinjaman Kenderaan & Komputer
- Semakan Keputusan Kursus Induksi SSM (KISSM)
- Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK)
- Sistem Semakan Urusan Kenaikan Pangkat Secara Online
- Semakan Senarai EFT dan Cek Batal
- Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS)
- Sistem Pengurusan Pertukaran Bukan Guru (e-Tukar Bukan Guru)
- Sistem Pertukaran Guru (e-GTukar)
- Sistem Pematuhan Perbelanjaan Berhemat KPM
- Sistem Kecemerlangan Pengurusan Kewangan (SKPK)
- Sistem Maklumat Sekolah (SMS)
- Dashboard Kementerian Pelajaran Malaysia
- Education Research Application System (eRAS)
- Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM)
- Semakan Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat
- Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam (SISPPA)
- Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG)
- Sistem Kursus Induksi SSM (KISSM) Perkhidmatan Guru
- Sistem Kursus Induksi SSM (KISSM) Perkhidmatan Bukan Guru
- Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian
- PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2013
- PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2013/2014
Sekolah Kebangsaan Sitiawan tidak akan bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.
Catatan Popular
-
PERHATIAN KEPADA PENTADBIR SISTEM ESPKWS SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MANJUNG SILA MUAT TURUN BORANG ADUAN TERKINI 2015 UNTUK ADUAN ESPK...
-
7/3/2013 Khamis - Kontraktor YES YTL telah datang ke Sekolah untuk pemasangan Menara Pencawang bagi mendapat kelajuan capaian internet...
-
17/4/2013 Rabu - Motivasi Kepimpinan Kokurikulum diadakan di Dewan Sitiawan, Sk Sitiawan bagi murid yang memegang jawatan didalam Kelab...
-
8/5/2013 Rabu - Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Daerah Manjung diadakan di SMK Methodist Ayer Tawar. SK Sitiawan telah memenangi...
-
11/3/2013 Isnin - Tujuan gambar Pemandangan kawasan Sekolah di ambil dari sudut atas untuk simpanan album sekolah yang terkini.