2/2/2013 Sabtu - Kem Bestari Solat kali pertama telah dijayakan pada 2/2/2013 bertempat di surau Sekolah Kebangsaan Sitiawan, yang hanya terlibat murid tahun satu dan dua sahaja. Program ini bermula pada pukul 7:30 pagi hingga pukul 2:30 petang. Perdaftaran murid telah diambil pada mulanya program ini pada pukul 7:30 pagi. Dan seterusnya murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk dibimbing oleh guru pembimbing masing-masing. Pada program kem bestari kali pertama ini murid diajar rukun wuduk,bacaan niat wuduk dan cara mengambil wuduk dengan betul.