18/7/2013 Khamis - Apapun saksikan detik-detik ini yang menggambarkan betapa terharunya cikgu yang diraikan iaitu Pn. Wan Nurhasliza bt Hj. Wan Sallahuddin. Walaupun pertukarannya ke SK Chiku 7, Gua Musang, Kelantan atas permohonan, namun terasa pilu untuk meninggalkan sekolah SK Sitiawan yg telah banyak memberikan kenangan manis kepada beliau. Beliau bertukar kerana suaminya telahpun berada di sana setelah menamatkan perkhidmatan sebagai tentera laut. Apapun SUAMI tetap diUTAMAkan. Semoga beliau berbahagia di sana. Insya Allah. Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik disini.